20 Januari 2009

Perubahan dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat


Selangor


Pelaksanaan Fasa 1 Merakyatkan ekonomi Selangor (MES) dimulakan sebaik memenangi pilihanraya 2008.


1.Memberikan air percuma sebnyak 20 meter padu pertama kepada rakyat selangor.


2.Memberi bantuan RM1000 kepada anak selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT bagi ibubapa yang bergaji RM1500 kebawah.Bantuan ini akan diperluaskan kepada semua rakyat tanpa mengira gaji pada masa hadapan.


3.Mengarahkan Pihak berkuasa Tempatan menanguhkan perobohan rumah setinggan sehingga satu penyelesaian dapat dicapai oleh semua pihak.langkah ini sangat berbeza berbanding dengan kerajaan sebelum ini.


4.Memberi bantuan kepada mana-mana bayi yang dilahirkan dinegeri selangor sebanyak RM100 kepada ibubapa yang bergaji RM1500 kebawah sebagai tanda penghargaan kerana menjadi rakyat Selangor.Bantuan ini akan diperluaskan kepada semua rakyat tanpa mengira gaji pada masa hadapan.


5.Mewujudkan royalti pasir untuk rakyat.Yang mana pendapatan yang diperolehi hasil jualan pasir di selangor akan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai cara.Contohnya sebagai bantuan kepada pelajar dari keluarga daif, golongan orang kurang upaya, dan warga emas yang tidak mempunyai pencen untuk menyara hidup.


6.Memberi beras percuma.Golongan miskin berpendapatan bawah RM1,500 sebulan di Selangor akan mendapat bantuan beras bagi menampung kenaikan harga makanan ruji itu.kerajaan selangor akan membeli RM500,000 beras untuk diberikan kepada golongan miskin dalam negeri Selangor.


7. Menaikkan tarif kadar miskin kepada RM1,500. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tarif lama itu tidak lagi relevan kerana hampir 90 peratus penduduk di negeri itu tinggal di kawasan perbandaran.Sehubungan itu, rakyat berpendapatan kurang RM1,500 sebulan dan mempunyai lima isi rumah layak memohon pelbagai bantuan kebajikan yang disediakan kerajaan negeri. Antara bantuan yang layak dimohon rakyat yang berada di bawah garis kemiskinan itu adalah insentif RM1,000 bagi pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan beras percuma.


8.Mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.


Pelaksanaan Fasa 2 MES dijangka dimulakan pada Januari 2009. Fasa 2 ini mempunyai enam (6) program yang memberi manfaat kepada kakitangan kerajaan, orang kurang upaya dan anak-anak yatim. Fasa 2 mengandungi program-program yang berikut:


Pertimbangan Cuti Bersalin Selama 90 Hari kepada Wanita Bekerja. Program ini dirangka berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007 (Kemudahan Cuti Menjaga Anak), yang menyatakan seseorang kakitangan awam boleh mengambil cuti tambahan tanpa gaji sebanyak 1,825 hari (5 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan. Tempoh cuti bersalin yang diguna pakai pada masa sekarang berjumlah 60 hari. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri masih mengkaji cadangan memberikan tambahan cuti sebanyak 30 hari lagi sebagai cuti tanpa gaji dengan membayar elaun gantian gaji penuh sebulan.


Pertimbangan Cuti 14 Hari Kepada Suami Yang Isterinya Bersalin. Seorang pekerja lelaki boleh diberi Cuti Tanpa Rekod selama 7 hari jika isterinya bersalin dan dicadangkan diberi pilihan untuk tambahan cuti selama 7 hari lagi.


Pertimbangan Cuti Sebulan kepada Wanita yang Kematian Suami. Kehilangan ketua keluarga sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada insan yang ditinggalkan. Justeru itu, Kerajaan Negeri begitu prihatin terhadap keadaan ini dan bercadang memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami. Elaun bagi gantian gaji penuh sebulan bagi kakitangan wanita yang berstatus tetap atau kontrak juga layak diterima oleh balu tersebut. Perkara ini pun sedang dalam kajian.


Caruman Takaful kepada Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim. Satu skim Caruman Takaful kepada warga emas sudahpun dilancarkan dalam Fasa 1 Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Kini, skim seumpama difikirkan wajar diwujudkan bagi memberi pembelaan kepada golongan orang kurang upaya dan anak yatim. Sehubungan itu, skim Caruman Takaful kepada Orang Kurang Upaya Dan Anak Yatim diwujudkan dalam Fasa 2 Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.


Bantuan kepada Peniaga Muda. Kerajaan Negeri memang menggalakkan golongan muda menceburi bidang perniagaan. Sehubungan itu, Kerajaan sedia memberi bantuan dalam bentuk kewangan, infrastruktur, latihan dan nasihat kepada golongan muda yang berhasrat menceburi bidang perniagaan. Di samping itu, disediakan kursus bagi para belia mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan.


Bimbingan Perniagaan kepada Belia. Kerajaan memandang serius terhadap masalah pengangguran yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada masa ini. Oleh yang demikian, usaha-usaha bimbingan dalam bidang perniagaan daripada Kerajaan Negeri kepada belia dijangka mampu merubah pemikiran generasi muda ini kepada bentuk yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat majmuk.


Pembangunan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diteruskan dengan fasa 3 dan 4. InsyaAllah dilaksanakan dalam tahun ke 3 dan 4 pemerintahan Pakatan rakyat di Selangor.


Fasa 3


Bantuan kewangan jagaan anak-anak RM75 seorang


Bantuan kewangan Pra-Sekolah anak-anak RM50 seorang.


Fasa 4


Bantuan kewangan perkahwinan


Elaun ibu tunggal


Elaun istimewa suri rumah


Sedia tabung anak-anak ibu tunggal.Kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam (Jais) telah menyediakan tabung membantu anak-anak ibu tunggal yang tidak diberi nafkah oleh bapa mereka.


Bagaimanapun, kata exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail tabung itu berbentuk pinjaman kerana tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak tersebut tetap dipikul oleh bapa. "Pihak Jais membantu tetapi dalam masa yang sama bapa kena membayar hutang dan mereka tidak boleh lepas begitu sahaja.

Menurunkan kadar sewa tapak pasar malam daripada RM5 seminggu kepada RM4



Perak

1.Lebih 60,000 penduduk kampung baru dan tersusun di negeri ini akan memperoleh geran pemilikan kekal ke atas tanah yang didiami apabila kerajaan negeri membuat keputusan membenarkan mereka memiliki tanah tersebut.Sebelum ini mereka dinafikan hak mendapat geran tanah sewaktu dibawah kerajaan BN sejak berpuluh tahun.Setiap kali pilihanraya mereka dijanjikan geran tetapi selepas itu isu itu terus menyepi.


2.Memberikan semula bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) setelah peruntukannya dihentikan oleh kerajaan UMNO/BN.


3.Mempekenalkan sistem undi untuk memilih ketua kampung tradisional di seluruh negeri perak.


4.MB Perak umum bantuan RM1 juta untuk golongan miskin, ibu tunggal.Menurut beliau lagi, peruntukan RM1 juta itu bagi bantuan kepada 5,000 golongan miskin tegar dan ibu tunggal di mana setiap mereka akan mendapat bantuan 30 kilo beras, lima kampit gula, dua kilo minyak masak dan duit belanja dapur RM100.


5.Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini 2008.


6.Kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


7.Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.


8.RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.


9.RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan.


10.Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.


11.Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.


12.RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.


13.Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.


14.MB membatalkan kesemua aktiviti pembalakan dan perladangan di kawasan ornag asli di sekitar gopeng yang menjejaskan 2000 penduduk ornag asli.


15.Exco perak mengumunkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek mpyang orang asli yang diperuntukan sebagai kawasan pembalakan oleh kerajaan BN sebelum ini di mukim Teja dekat Gopeng.


16.Kerajaan perak memulangkan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang orang asli di kampung Chang Sungai Gepai di Bidor.


17.Menaikkan tabung pusingan bencana alam dari RM30 ribu ke RM50 di setiap Daerah.


18.Mengurangkan perbelanjaan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama kerajaan negeri.Kos jamuan teh dihadkan kepada RM4.00 seorang, manakala jamuan makan dihadkan dari RM45 kepada RM10-15 sahaja sebagai langkah berjimat cermat.



Kedah


Menurunkan cukai tanah. Penurunan tersebut melibatkan 3 kategori tanah antara 25% dan 75% mulai tahun 2009.


Mengumunkan kenaikkan elaun guru kafa.


Menubuhkan tabung pelajaran bagi pelajar miskin.


Menteri besar menolak peruntukan membaiki pagar rumah peribadinya.Beliau kini memilih untuk dirumahnya sendiri.


Menteri Besar memotong pendapatannya berjumlah RM10,000 dan disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan.


Gaji semua exco kedah dipotong sebanyak 5% untuk disumbangkan kepada Tabung Tunku Mahmud iaitu Tabung untuk golongan miskin.


Menurunkan kos jamuan sempena program rasmi di kediaman MB kepada RM10 seorang berbanding RM90 dizaman BN.Ianya bagi mengamalkan sikap berjimat cermat.


Mengubah penggunaan lebihan wang kerajaan daripada melakukan lawatan dizaman BN kepada perkara dengan keperluan rakyat seperti membaiki surau, membaiki jambatan dan apa keperluan yang kecil yang kesemuanya berjumlah hampir RM1 juta.


Pulau Pinang



Memberikan bantuan kewangan kepada sekolah Agama Rakyat yang dihentikan oleh BN.


Menaikkan elaun guru kelas fardu ain sebanyak RM50 mulai 1 April 2008


Semua cukai tanah melibatkan sekolah bantuan modal dan Sekolah agama rakyat dikecualikan kerajaan negeri.